โ›บ
๐Ÿ”— โš™๏ธ

Swatantra from Swatantra by kias

Tracklist
3.Swatantra4:23
Lyrics

Teras rasa seyogia
duka resah yang menghimpit dada
Lunturlah, lusuhlah
tirai indah yang melindung mata
kerahlah kudratnya
bertutur bicara, berdusta swatantra
Seperti mana batu dihakis titis berselingan
tiada bezanya ia dengan kesangsian
Seperti mana batu dihakis titis berselingan,
Tiada bezanya dengan kita, swatantra

Seperti mana batu dihakis titis berselingan, tiada bezanya ia dengan keberadaan, dan kesangsian yang mempersoal kewujudan. Tak mungkin lidah bertikam tanpa punca, dan tak mungkin juga ia kelu tanpa seteru. Tapi tunggu.

Tanpa sedar apa yang kita benci adalah lembaga hitam, yang terikat pada tiap bucu kaki sendiri. Tak pernah lekang, tak pernah berenggang. Dendam dan kasam hadirnya dari dalam, membentuk bilah lidah yang menikam dada sendiri. Kerana apa yang ditentang hanyalah bayangan. Seperti mana batu dihakis titis berselingan, tiada bezanya ia dengan kita.
bertutur bicara, berdusta, swatantra
tiada bezanya dengan kita, swatantra.

Credits
from Swatantra, released October 24, 2025
LicenseAll rights reserved.
Tags
Recommendations