Tamat from Kelazatan Dunia by Burgerlaici
Tracklist
| 1. | Tamat | 3:53 |
Lyrics
Kiamat dah dekat
Seperti yang tersurat
Bersediakah kita?
Untuk menghadapNya di akhirat sana
Tandanya sudah jelas
Walaupun kecil masihkah tak celik
Menanti tanda-tanda besar
Persoalannya sempatkah bertaubat?
Marilah bermuhasabah
Cukupkah bekalan amal kita?
Mungkin kita pergi dahulu
Kerana ajal tak akan kenal usia
Kiamat dah dekat
Seperti yang tersurat
Bersediakah kita?
Untuk menghadapNya di akhirat sana
Fitnah bermaharajalela
Manhaj hawa nafsu atau wahyu pilihannya ada di tangan kita
Bagaimana kita boleh alpa
Jangan sampai tergadai akhirat kerana dunia
Polemik kecil sering dibangkit
Provokasi untuk mengumpan perhatian sang celik
Lantas berbalahlah sesama kita
Tanpa menghiraukan siapakah musuh sebenar
Jangan putus asa dengan rahmatNya
Berpautlah pada tali ini, tali Ilahi
Usah sangsi, tali ini tak akan menjerutmu
Malah tali ini jua jalan keluar kita!
Kiamat dah dekat
Seperti yang tersurat
Bersediakah kita?
Untuk menghadapNya di akhirat sana
Kiamat dah dekat
Seperti yang tersurat
Bersediakah kita?
Untuk menghadapNya di akhirat sana
Kita hanyalah manusia
Lemah belaka
Semoga kita dilindungi
Dan meraih kebahagiaan abadi








